TPM Sertai Solat Jenazah Ab Rahman

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 8:30 PM

Ahmad Zahid hadir mendirikan solat jenazah ke atas Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad menyertai solat jenazah Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Masjid Bukit Aman di sini, Ahad. 

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba kira-kira 6.30 petang di masjid berkenaan dan menunaikan solat jenazah bersama kira-kira 100 anggota polis dan anggota keluarga Allahyarham.

Solat jenazah diimamkan Imam Besar Masjid Bukit Aman Supt Ghazali Daud dan turut disertai Pengarah Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia Datuk Zulkifli Abdullah.

Jenazah yang tiba di masjid itu kira-kira pukul 5.30 petang akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Allahyarham Ab Rahman meninggal dunia di Institut Jantung Negara di sini Ahad akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Che Nat Hassan dan tujuh orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: solat jenazah , Ketua Polis Kelantan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan