Sarawak Hantar Pulang Semua Pekerja Korea Utara Tamat Tempoh Permit

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 11:08 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Semua pekerja dari Korea Utara yang bekerja di Sarawak dengan permit kerja tamat tempoh telah dihantar pulang ke negara asal mereka.

Langkah ini adalah susulan tindakan penghantaran pulang yang bermula minggu lepas, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat.

Beliau berkata warga asing, yang kebanyakannya pekerja pakar telah dikumpul oleh Jabatan Imigresen negeri, bulan lepas.

"Terdapat rakyat Korea Utara yang didapati bekerja tanpa permit sah. Kesemua mereka telah dihantar pulang," kata Ahli Parlimen Sri Aman kepada pemberita selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Penjara Sarawak dekat sini, Sabtu.

Difahamkan bahawa pekerja asing tanpa izin itu dihantar pulang berasingan secara berkumpulan, dengan kumpulan terakhir meninggalkan negeri ini melalui lapangan terbang Bintulu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kumpulan pekerja Korea Utara itu kemudian akan mengambil pesawat lain ke Beijing, China, sebelum kembali ke negara asal mereka.

Masir berkata prosedur kemasukan sedia ada untuk pekerja Korea Utara tidak mengalami sebarang perubahan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa pengambilan rakyat Korea Utara akan dibuat berdasarkan kepada permintaan pekerja pakar.

Pekerja Korea Utara telah bekerja di lombong arang batu di Selantik, Sri Aman, di bawah perjanjian khas antara negara dan kerajaan negeri.

Bulan lalu, Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata 140 daripada 176 pekerja Korea Utara di Sarawak telah tinggal di negara ini melebihi tempoh.

Tags / Kata Kunci: arang batu , Sri Aman , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan