Usaha PAS Pinda RUU355 Makin Mustahil

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 11:10 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub membayangkan usaha Pas untuk meminda Rang Undang -Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 semakin sukar.

Beliau berkata, keputusan kerajaan untuk tidak mengambil alih pembentangan usul menjadikan hasrat parti Islam itu hampir mustahil.

“Dari segi moralnya, apabila kerajaan BN telah katakan tidak boleh bawa, sedangkan urusan dalam parlimen untuk bawa sesuatu rang undang-undang mestilah dengan konsensus daripada sistem whip.

“Jadi, mana mungkin usul persendirian itu boleh menjadi undang-undang jika tidak melalui proses itu,” katanya mengulas pendirian Pas yang tetap meneruskan langkah bagi meminda Akta 355 meskipun kerajaan telah memutuskan tidak mengambil alih pembentangan tersebut.

Malah Salahuddin berkata, mustahil perkara itu menjadi rang undang-undang tanpa sokongan daripada majoriti ahli parlimen.

Mernurutnya, rang undang-undang sepatutnya dilaksanakan oleh kerajaan.

“Rang undang-undang ini urusan kerajaan dan sebagai bekas ahli parlimen yang memahami peraturan, adalah terlalu sukar dan hampir mustahil rang undang-undang persendirian diterima dalam sejarah negara,” katanya.- Sinar Harian



Tags / Kata Kunci: RUU355 , Salahuddin , PAS

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan