Nenek Za Akhirnya Dapat Naik Kapal Terbang

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 10:43 AM

Za mengucapkan selamat tinggal kepada mereka yang menghantarnya di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebelum berlepas ke Johor Bahru untuk menyambut hari jadinya ke-80.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Berbekalkan tiga pasang baju kurung dan beberapa biji gula-gula, Za Said menaiki penerbangan pertamanya seumur hidup ke Johor Bahru.

Perjalanan ini semestinya tidak akan dilupakan oleh penduduk Kampung Lempor, Kuala Kangsar ini, kerana beliau bukan sahaja akan menaiki pesawat tetapi juga akan tinggal di Hotel Jen Puteri Harbour dan dibawa bersiar-siar menaiki kapal mewah ‘Black Pearl’.

Za yang lebih suka membahasakan dirinya Opah akan menikmati hidangan bufet makan tengah hari di hotel penginapannya sebelum pulang ke rumah pada Isnin.

"Opah hanya pergi ke Pulau Pinang sekali ketika masih kecil.

"Selain itu, Opah tak pernah keluar dari Kuala Kangsar," kata bekas penoreh getah yang telah membesarkan enam anaknya selepas kehilangan suami.

"Mustahil Opah dapat tidur lena malam tadi. Opah rasa sangat teruja," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di sini, Sabtu.

Alumni Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom telah merancang perjalanan ini selepas mengetahui tentang impian Za untuk terbang.

Selepas penerbangan Malindo Air yang dinaiki tiba di Johor Bahru, bendahari alumni Nor'Azian Shaw yang mengiringi Za berkata: "Za berada dalam keadaan amat baik dalam penerbangan walaupun hujan lebat.

"Beliau sentiasa melihat luar tingkap untuk menikmati pemandangan awan dan bandar ketika berlepas dan mendarat," katanya.

Nor'Azian, bersama presiden alumni Mabel Muttiah dan setiausaha, Raja Shaira Raja Sheridan juga akan membawa Za membeli-belah dan bersiar-siar.

"Kami juga akan pastikan beliau dapat mencuba semua hidangan Johor yang terkenal," kata Nor'Azian, sambil menambah mereka mahu menjadikan pengalaman ini sebagai sesuatu yang menyeronokkan untuk Za.

"Seperti yang anda lihat, beliau seorang yang sangat aktif walaupun sudah berumur," kata Nor'Azian, sambil menambah lawatan itu adalah sebahagian daripada usaha khidmat masyarakat oleh alumni.

Hadiah hari jadi untuk Za ini muncul selepas Nor'Azian, yang berasal dari kampung yang sama dengan Za, mendapat tahu tentang impian warga tua itu.

Penaung alumni Raja Puan Mahkota Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan penasihat Raja Mariam Raja Mohamed Iskandar turut hadir untuk menghantar Za di lapangan terbang.

Tags / Kata Kunci: kapal terbang , Za Said , Malindo Air

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Kolumnis

iklan

Iklan