Harga Ayam, Sayur Dijangka Naik Pada Ramadan

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 11:21 AM

-Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Pengguna mungkin terpaksa berbelanja lebih pada bulan depan kerana harga ayam, timun, cili merah dan kacang panjang dan ayam dijangka naik pada Mei.

Peniaga di pasar basah Tebrau, Johor Jaya dan Larkin di sini mendakwa kenaikan harga barang keperluan pada bulan Ramadan sudah menjadi perkara biasa, kerana permintaan terhadap sayur-sayuran dan ayam adalah lebih tinggi.

Tahun ini, umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 27 Mei.

Seorang penjual sayur-sayuran di Pasar Awam Larkin, Tai Meng Tian, ​​40, berkata, harga timun akan naik ke RM2 sekilo berbanding RM1.60 sekilo dan harga cili merah akan naik ke RM12 sekilo dari RM9 sekilo.

"Pembekal mengambil kesempatan dengan menaikkan harga kerana mereka tahu harga akan dikawal 10 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Rakan peniaganya, Abdul Kadir Syed Ibrahim, 65, berkata penjual tidak mempunyai pilihan melainkan mengenakan kos tambahan kepada pelanggan.

"Kami memberi cili merah pada harga RM12 sekilo dan perlu menjualnya pada harga RM15," katanya.

Seorang peniaga di Pasar Johor Jaya, P. Narayani, 58, berkata, harga kacang panjang mungkin akan naik dari RM7.50 sekarang ke RM12 sekilo.

Seorang penjual ayam, yang hanya mahu dikenali sebagai Mohd Don, 44, berkata, pengguna perlu membayar tambahan 80 sen untuk daging ayam pada bulan depan.

Tags / Kata Kunci: barang mentah , harga ayam , Ramadan

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan