Individu Gagal Lapor Jenayah Seksual Kanak-Kanak Turut Dihukum

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 4:15 PM

Rohani Karim merasmikan Pusat Transit Remaja kafe@teen di Pusat Kejiranan Presint 16 pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Individu yang didapati gagal membuat laporan ke atas jenayah seksual terhadap kanak-kanak akan turut diheret ke muka pengadilan kerana dianggap bersubahat, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat pada Isnin, antara lain menetapkan individu yang tidak melaporkan jenayah berkenaan akan dianggap bersubahat dan boleh dikenakan denda sebanyak RM5,000.

"Malah, jika semua ahli keluarga (mangsa jenayah seksual) gagal melaporkan jenayah berkenaan, mereka semua akan turut dikenakan tindakan undang-undang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Transit Remaja Kafe@Teen Putrajaya di sini, Ahad.

Rohani menjelaskan perkara itu diketengahkan dalam RUU berkenaan kerana sebelum ini kebanyakan kes jenayah itu tidak dapat dibawa ke muka pengadilan disebabkan kegagalan mendapatkan keterangan daripada saksi.

Katanya mengikut statistik, 80 peratus kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh individu yang dikenali mangsa.

"Si pelaku ini termasuklah bapa, abang, bapa saudara dan kenalan keluarga lain yang mana kebanyakan kes gagal untuk diadili kerana keluarga tidak mahu membuat laporan bagi menjaga aib keluarga," katanya.

Rohani berkata adalah sesuatu yang memilukan apabila mangsa tidak mendapat pengadilan yang sepatutnya kerana keluarganya tidak mahu menanggung malu.

"Saya tidak mahu satu hari nanti, negara kita akan menjadi syurga dalam kalangan pedofilia kerana kurangnya penguatkuasaan dan kesedaran yang menjadikan anak-anak kita mudah menjadi mangsa mereka," katanya.

RUU Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dibentangkan di Dewan Rakyat, Selasa lalu untuk bacaan kali pertama.

Antara peruntukan baharu yang terkandung dalam RUU berkenaan termasuk kesalahan berkaitan pornografi kanak-kanak, aktiviti dandanan kanak-kanak, serangan seksual dan serangan seksual fizikal serta bukan fizikal.

Sementara itu, Rohani berkata, program kafe@teen sudah berjaya mendekati lebih 500,000 remaja di seluruh negara manakala hampir 400,000 remaja mengambil bahagian dalam program pendidikan dan pembangunan kemahiran yang dianjurkan setiap tahun. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: jenayah seksual , Rohani Karim

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan