Johari Cadang Debat Tun M, Nazri Di Hotel

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 3:57 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Johari Abdul Ghani pada Ahad mencadangkan debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz diadakan di hotel.

"Kalau tidak boleh (permit), buat program (debat) di hotel, selesai masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Komuniti Sihat Tanpa Asap Rokok anjuran Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Kampong Pandan Settlement, di sini Ahad.

Johari yang juga Menteri Kewangan Kedua, berkata segala isu dan persoalan yang ditimbulkan Dr Mahathir dan pihak-pihak tertentu mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebenarnya telahpun dijawab kerajaan.

Johari berkata isu-isu yang dibangkitkan itu juga boleh dirujuk dalam laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pembatalan permit debat berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada 7 April ini, atas faktor keselamatan dan ketenteraman awam.

Johari berkata kerajaan bersikap terbuka dan sentiasa berusaha menyelesaikan isu berkaitan IMDB.

"Kita sudah terbuka. Apa yang orang cakap semua ada dalam laporan PAC. Isu ini (1MDB) sudah berlarutan sejak enam tahun lalu, jadi memang kita tengah cari penyelesaian untuk macam mana hendak bangunkan aset-aset 1MDB," katanya.

Dilaporkan, Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Khamis lepas, menyatakan 1MDB selesai membayar semua hutangnya berjumlah RM3 bilion sepanjang dua tahun lalu selain tidak mempunyai sebarang hutang bank atau hutang jangka masa pendek pada masa ini.

Sementara itu, Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor memuji tindakan polis membatalkan permit debat berkenaan atas faktor keselamatan kerana ia dikhuatiri menimbulkan kekecohan.

Yang Dipertuanya Tan Sri Dr Abu Hassan Omar, berkata debat itu boleh menjurus kepada pertelingkahan penyokong kedua-dua belah pihak. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: debat , Nazri Aziz , Tun M

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan