Pandu Laju, Langgar Lampu Isyarat Kesalahan Awas

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 4:29 PM

Nadzri memakaikan topi keledar kepada peserta program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah. Turut hadir (dari kiri) Ketua Penguatkuasa JPJ Perak JPJ, Zainal Abidin Sheikh Mokhtar, Adun Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, dan Pengarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria.

(Ubah saiz teks)

IPOH: Hanya dua daripada 21 kesalahan akan dikenakan tindakan mengikut Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) yang bermula Sabtu.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata, dua kesalahan itu adalah memandu melebihi had laju dan melanggar lampu isyarat merah.

"Antara kesalahan lain ialah memandu di bawah pengaruh alkohol dan memandu melebihi had muatan bagi kenderaan perdagangan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Kinta di sini, Ahad.

Nadzri menjelaskan dua mata demerit akan dikenakan kepada pemandu kenderaan persendirian, manakala enam mata dikenakan bagi pemandu kenderaan perdagangan jika memandu melebihi had laju yang dirakam menerusi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

"Selepas mencapai 20 mata demerit kita akan menggantung lesen pemandu berkenaan selama enam bulan dan selepas itu jika mata demerit mencecah 40, lesen tersebut akan digantung selama lapan bulan dan seterusnya berdepan tindakan pembatalan lesen," katanya.

Nadzri berkata, pihaknya akan berusaha untuk memastikan gabungan Awas dan Kejara dilaksanakan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

"Buat masa ini kita kena didik rakyat, bagi kesedaran mengenai dua kesalahan pertama itu terlebih dahulu...kerana sistem ini dilaksanakan bukan untuk menyusahkan rakyat," katanya.

Bulan lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, melalui pelaksanaan gabungan Awas dan Kejara itu, pengguna jalan raya diharapkan akan lebih berhemat dalam pemanduan sekali gus mematuhi peraturan jalan raya yang ditetapkan.

Katanya kerajaan tiada pilihan selain mengetatkan penguatkuasaan dan undang-undang jalan raya memandangkan kemalangan maut di Malaysia semakin meningkat. - Bernama





Tags / Kata Kunci: Awas , JPJ , Kejara

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan