Kes Jong-nam: Malaysia Harap Bantuan Interpol Tahan Empat Suspek Korea Utara

Diterbitkan: Ahad, 2 April 2017 5:20 PM

Ahmad Zahid bersalaman dengan ahli-ahli Umno Kota Marudu sebaik tiba untuk merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian di Dewan Komuniti Kota Marudu pada Ahad. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KOTA MARUDU: Malaysia mengharapkan bantuan Interpol untuk menahan empat suspek warga Korea Utara yang terlibat dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad berkata Malaysia telah meminta bantuan dari organisasi polis antarabangsa itu untuk menangkap empat suspek yang melarikan diri ke Korea Utara sejurus selepas pembunuhan Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lalu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, Malaysia telah membangkitkan perkara itu kepada Presiden Interpol, Meng Hongwei yang juga Timbalan Menteri Keselamatan Awam China.

"Kita serahkan kepada jasa baiknya untuk membawa ia ke perhatian Jorgen Stock, Setiausaha Agung Interpol," kata Ahmad Zahid kepada pemberita ketika ditanya mengenai notis amaran merah Interpol terhadap empat warga Korea Selatan itu.Empat warga Korea Utara itu melarikan diri ke Pyongyang pada hari sama Jong-nam dibunuh.

Warga Indonesia Siti Aisyah dan Doan Thi Huong dari Vietnam didakwa melakukan pembunuhan tersebut.

Kedua-dua mereka didakwa menggunakan agen saraf VX yang disediakan empat suspek tersebut untuk membunuh Jong-nam.

Tags / Kata Kunci: Ahmad Zahid Hamidi , Kim Jong-nam

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan