Sesat Di Gunung Panti, Empat Pelajar GiatMara Selamat

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 4:09 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Empat pelajar GiatMara ditemukan dalam keadaan selamat selepas sesat hampir 20 jam semasa melakukan pendakian di Gunung Panti dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kesemua merekayang ditemui pada 11.55 pagi juga tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mereka yang dilapor sesat ialah Muhammad Firdaus Zainal, 18; Muhammad Nazhan Azhar, 19; Zariqh Indeed, 21 dan Mohd Fakrul Nazmi (usia tidak dinyatakan), katanya dalam kenyataanpada Sabtu.

Menurut Rahmat pihak polis menerima laporan akan kejadian daripada bapa Muhammad Firdaus selepas dimaklumkan oleh rakan anaknya menerusi aplikasi WhatsApp petang Jumaat.

Susulan itu katanya, pasukan mencari dan menyelamat yang turut disertai pasukan bomba dan renjer digerakkan malam tadi bagi mengesan kumpulan pelatih GiatMara terbabit.

Operasi dihentikan sementara pada 6 pagi tadi sebelum disambung semula beberapa jam kemudian dengan bantuan pelbagai agensi, katanya.

Rahmat berkata selepas ditemui, kumpulan pelatih terbabit dibawa ke Balai Polis Batu Ampat bagi tindakan lanjut.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang ingin melakukan aktiviti pendakian agar memaklumkan kepada polis dan agensi berkaitan bagi memastikan pergerakan mereka dipantau.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed yang ditemui di kaki Gunung Panti, berkata operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu ditamatkan pada 1 tengah hari selepas kesemua mangsa berjaya dibawa turun.

"Ini merupakan kes SAR yang pertama untuk tahun ini dan mengikut statistik kita terdapat tujuh kes SAR berkaitan kejadian serupa tahun lepas," katanya.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Gunung Panti , Pelajar Selamat

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan