Malaysia Tidak Akan Tutup Kedutaan Di Korea Utara - TPM - Berita Semasa | mStar

Malaysia Tidak Akan Tutup Kedutaan Di Korea Utara - TPM

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 4:16 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia tetap meneruskan hubungan diplomatik dengan kerajaan Korea Utara dan tidak akan bertindak menutup kedutaan di negara itu, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia juga berharap Pyong yang mengambiltindakan sama.

"Kita tidak berhasrat untuk memutuskan hubungan diplomatik dengan Korea Utara dan kita harap Korea Utara akan turut melakukan tindakan yang sama,"katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan MCPF kalike-24 di sini, Sabtu.

Turut hadir, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye. 

Ketegangan hubungan diplomatik antara Malaysia-Korea Utara kini dilihat semakin reda apabila sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik Kuala Lumpur-Pyongyang, selamat tiba di tanah air pada Jumaat.

Ketegangan antara dua negara itu tercetus susulan pembunuhan Kim Jong-nam,46, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) di sini pada 13 Februari lalu.

Selain itu, Ahmad Zahid turut menjelaskan Malaysia tidak melakukan pertukaran dalam menyelamatkan sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang itu tempoh hari, sebaliknya ia berdasarkan persefahaman dicapai dua negara.

Mengenai status warga Korea Utara yang berada di Malaysia, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kerajaan telah membenarkan mereka untuk pulang ke Pyongyang.

Bagaimanapun, rakyat Korea Utara lain yang masih berada di negara ini tetap tertakluk kepada peraturan-peraturan mengikut Akta Imigresen, katanya.-Bernama

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan