Abdul Hadi Dijangka Bentang RUU355 6 April - Ahmad Zahid

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 2:55 PM

(Ubah saiz teks)

Dikemaskini

PETALING JAYA: Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6 April ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ia tertakluk kepada budi bicara Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

"RUU 355 akan dibentangkan anggota Parlimen Marang (Datuk Seri Abdul Hadi Awang). Kita serahkan kepada budi bicara Speaker sama ada huraian pindaan ini akan diberikan secukupnya dan perbahasan akan dibuat atau sebaliknya," katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat agung tahunan MCPF kali ke-24 di sini, Sabtu.

Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang juga Timbalan Pengerusi MCPF dan Naib Pengerusi Kanan MCPF Tan Sri Lee Lam Thye.

Pada 29 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak akan membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian, susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.

Ahmad Zahid berkata terserah kepada Pandikar Amin untuk menentukan kedudukan RUU itu sama ada dibentangkan atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, saya yakin pengundian tidak akan dilakukan. Saya tidak fikir speaker akan buka untuk mengundian dijalankan. Apa pun terserah kepada speaker untuk menentukan tata cara dalam persidangan dewan itu diikuti mengikut budi bicara beliau," kata Ahmad Zahid.

Mengulas tindakan bekas Anggota Parlimen Benut, Datuk Mohamed Tawfik Tun Dr Ismail, yang mengemukakan permohonan mendapatkan pengisytiharan mahkamah bahawa usul meminda Akta 355 dibawa Abdul Hadi Awang itu sebagai bercanggah dengan perlembagaan, Ahmad Zahid berkata: "Itu adalah hak beliau sebagai warga negara untuk mengambil tindakan mahkamah."

Tetapi Dewan Rakyat juga mempunyai perundangan dan peraturan sendiri untuk menggunakan tatacara sedia ada bagi sistem perundangan itu dilaksanakan menerusi kuasa yang ada pada Speaker untuk menentukan sama ada ia boleh dibentangkan sebagai RUU persendirian atau melalui tatacara yang lain," kata Ahmad Zahid.

Dalam permohonan itu, Mohamed Tawfik mendakwa, usul presiden PAS itu akan memberi kesan kepada perundangan dalam dasar negara mengenai undang-undang jenayah dan hukuman mengikut undang-undang Islam dan memberi kesan kepada orang Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Semalam, anak bekas timbalan perdana menteri itu membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya melarang Dewan Rakyat memberi laluan kepada usul Abdul Hadi - atau sebarang usul lain yang ada kaitan dengan Akta 355 - dibentang dan dibahaskan.

RUU 355 pertama kali dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada Mei 2016 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.

Anggota Parlimen Marang itu pada sesi terakhir Parlimen November lepas meminda usul itu dengan menaikkan hukuman penjara kepada 30 tahun, denda tidak melebihi RM100,000 dan maksimum 100 sebatan berbanding maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: RUU355 , Hadi , Ahmad Zahid

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan