Pemuda BN WP Beri Minyak Percuma Hari Ini, Esok

Diterbitkan: Sabtu, 1 April 2017 1:51 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan (WP) memperuntukkan sebanyak RM45,000 untuk Program Isi Minyak Percuma bagi April kepada penunggang motosikal di ibu kota, Putrajaya dan Labuan.

Ketua Pemuda BN WP Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, program setiap awal bulan bermula Mac lepas itu bagi meringankan perbelanjaan harian penunggang motosikal.

"Kami menyasarkan lebih 8,000 buah motosikal berkuasa bawah 150cc akan mendapat manfaat minyak percuma ini. Program ini akan diteruskan sepanjang tahun ini," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Program Isi Minyak Percuma hari ini diadakan di Petronas Presint 9, Putrajaya (12 tengah hari - 2 petang); Petronas Segambut (3 petang - 5 petang); Shell Batu Muda (3 petang - 5 petang); Petronas Taman Tenaga (3 petang - 5 petang) dan Caltex Jalan Tun Razak, Bukit Bintang (5 petang - 7 petang).

Termasuk di Petron Jalan Pasar (5 petang - 7 petang); Petronas Jalan Chocrane (5 petang - 7 petang); BHP Taman City, Jalan Kuching (6 petang - 8 malam); Shell Kuchai (8 malam - 10 malam); Petronas Pasir Kiri, Jalan Taman Gasing (8 malam - 10 malam); dan Petronas Saguking, Labuan (8 malam - 10 malam).

Selain itu, dua lagi lokasi Program Isi Minyak Percuma akan diadakan esok di BHP Taman Ibu Kota, Wangsa Maju dari 4 hingga 6 petang dan Shell Jalan Kilang, Setiawangsa (8 malam - 10 malam). -- Bernama

Tags / Kata Kunci: Petronas , BN

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan