Suspek Bunuh Jong-nam Pulang Ke Pyongyang

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 12:43 PM

Penumpang dipercayai Kim Uk-il (kiri) kelihatan dalam pesawat ke Beijing dari KLIA. - Kyodo/via Reuters

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua atau mungkin juga tiga warga Korea Utara yang juga suspek kes bunuh Kim Jong-nam dipercayai menaiki pesawat yang turut membawa mayat mangsa kes itu dalam penerbangan dari KLIA, dipercayai hasil persetujuan bersama antara kedua negara.

Gambar yang dirakam Reuters dari agensi berita Jepun, Kyodo menunjukkan Hyon Kwang Song, setiausaha kedua di Kedutaan Korea Utara di sini  dan Kim Uk-il, kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo dalam pesawat yang dalam perjalanan ke Beijing pada petang Khamis.

Imej kedua-dua suspek itu sama seperti mana yang disiarkan Bukit Aman sebelum ini.

Keranda yang membawa mayat Jong-nam juga dipercayai dalam pesawat sama walaupun ia tidak disahkan pihak berkuasa.

Laporan media tempatan menyebut, suspek ketiga, Ri Ji-u atau dikenali sebagai James yang dikatakan bersembunyi di kedutaan negara itu di ibu negara telah dibenarkan pulang ke tanahairnya.

Ketiga-tiga suspek akan meneruskan perjalanan ke Pyongyang dari Beijing.

Pihak berkuasa Malaysia membenarkan mayat Jong-nam dihantar pulang ke negara asalnya pada Khamis selepas perjanjian pembebasan sembilan rakyat Malaysia di Pyongyang dipersetujui kedua pihak.



Tags / Kata Kunci: Pyongyang , Jong-nam

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan