Sembilan Rakyat Malaysia Tiba Di Tanah Air

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 7:12 AM

Rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara tiba di di Kompleks Bunga Raya KLIA, pagi Jumaat. Ketibaan mereka disambut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Foto AP

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara susulan perbalahan diplomatik antara Kuala Lumpur dan Pyongyang selamat tiba di tanah air, awal pagi Jumaat.

Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.

Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md  Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Ketibaan mereka disambut oleh Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan  sembilan  rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara  dibenarkan pulang ke tanah air.

Najib dalam catatan twitter miliknya berkata "Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat  Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir."

Susulan perkembangan itu, Najib berkata, Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan  negara ini.

Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing  semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di klia2.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap  Malaysia mengenai cara ia mengendalikan kes itu, yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau  sebagai persona non grata (PNG).

Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac lepas. 

Korea Utara bertindak balas dengan mengisytiharkan Duta Besar Malaysia ke Korea Utara, Mohamad Nizan Mohammad sebagai PNG.

Sebelum itu, Mohamad Nizan dipanggil pulang oleh Wisma Putra 'untuk perundingan' pada 20 Februari lepas, beberapa jam selepas ketegangan diplomatik tercetus apabila Kang Chol mengkritik siasatan pihak berkuasa Malaysia ke atas pembunuhan Jong-nam.

Pada  7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Pyongyang

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan