Pemandu Uber, GrabCar Hanya Dikenakan Cukai Ke Atas Pendapatan Bersih - LHDN

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 8:41 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Cukai pendapatan terhadap pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar hanya akan dikenakan ke atas pendapatan bersih.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Sabin Samitah berkata, cukai pendapatan individu yang memandu Uber dan GrabCar adalah sama seperti cukai pendapatan individu yang menjalankan perniagaan lain.

"Cukai pendapatan hanya akan dikenakan atas pendapatan bersih mereka daripada aktiviti memandu Uber atau GrabCar serta pendapatan-pendapatan lain seperti gaji bulanan daripada pekerjaan tetap sekiranya ada.

"Sebagaimana layanan ke atas aktiviti perniagaan lain, pemandu Uber atau GrabCar boleh menuntut perbelanjaan seperti kos minyak kenderaan, kos tol, kos promosi, kos penyelenggaraan kenderaan yang digunakan dalam menghasilkan pendapatan dan bayaran yuran kepada syarikat pengendali aplikasi Uber atau GrabCar jika ada, dalam mengira pendapatan bersih daripada aktiviti tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, Jumaat.

Beliau turut menasihatkan semua individu yang menjalankan aktiviti perniagaan sampingan seperti guru tuisyen, kelas pengajian Al-Quran, mekap 'artist', peniaga online dan sebagainya untuk mendaftarkan fail cukai pendapatan dan mengisytiharkan semua pendapatan tahunan yang diperolehi dalam Borang B selewat-lewatnya pada 30 Jun setiap tahun.

"Mereka juga hendaklah menyimpan semua dokumen perniagaan mereka bagi tempoh tujuh tahun untuk tujuan audit percukaian pada masa hadapan sekiranya perlu," katanya.

Katanya, tanggungjawab melaporkan pendapatan bukan bermakna individu tersebut secara automatik layak membayar cukai.

"Kelayakan dikenakan cukai masih tertakluk kepada jumlah pendapatan tahunan melebihi RM30,000.

"Kadar cukai pendapatan pula dalam lingkungan 0 peratus sehingga 28 peratus bergantung kepada banjaran pendapatan bercukai yang mereka perolehi selepas mengambil kira pelepasan yang layak," menurut kenyatan tersebut.

Dengan pengisytiharan pendapatan, ia bukan sahaja boleh mengelak mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan Akta Cukai Pendapatan 1967, malah rekod perisytiharan cukai pendapatan juga dipercayai memberikan kelebihan kepada mereka untuk membuat permohonan pembiayaan dengan institusi kewangan.

Tags / Kata Kunci: Uber , GrabCar , cukai pendapatan

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan