Pak Lah Puji Najib

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 1:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi memuji kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan krisis diplomatik dengan Korea Utara sehingga sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang, selamat pulang ke tanah air.

Beliau yang juga bekas Perdana Menteri dan pernah menerajui Kementerian Luar menyifatkan usaha tersebut sebagai kejayaan dan dilakukan demi kebaikan rakyat serta negara.

"Perdana Menteri tahu apa yang dilakukan. Saya anggap ia satu usaha yang bawa kepada kebaikan dan satu kejayaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku terbitan baharu dan karnival ulang tahun ke-25 Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini Jumaat.

Sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Pyongyang susulan krisis hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara akhirnya tiba di tanah air, awal pagi Jumaat.

Kesemua petugas kedutaan Malaysia di Pyongyang dan ahli keluarga masing-masing, yang menaiki pesawat khas, tiba di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur  (KLIA) pada 5.03 pagi dan disambut ahli keluarga masing-masing.

Mereka ialah Setiausaha Duta, Noor Saaidah Jamaluddin, 29, suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan, Pegawai Tadbir, S. Nirmala Malar, 45, Kaunselor, Mohd Nor Azrin Md  Zain, 37, isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynur Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Najib menerusi laman blognya, najibrazak.com pada malam Khamis memaklumkan sembilan  rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.

Perdana Menteri dalam catatan twitter miliknya berkata "Alhamdulillah Pesawat Khas membawa pulang 9 rakyat  Malaysia telah keluar ruang udara Korea Utara. Krisis diplomatik sudah berakhir."

Susulan perkembangan itu, Najib berkata, Malaysia kini membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan  negara ini.

Ketegangan Malaysia dan Korea Utara timbul berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong-un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Februari lepas.

Jong-nam, 46, dibunuh menggunakan agen saraf VX, oleh dua wanita asing  semasa menunggu penerbangan pulang ke Macau di KLIA2.


Tags / Kata Kunci: Pak Lah , Najib , Korea Utara

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan