Parti Generasi Baru Kini Dinamakan Parti Bebas Rasuah

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 3:25 PM

Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai presiden PBR yang baharu.

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Generasi Baru (NewGen Party) telah menukar namanya kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) dan mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa eksekutif pusat yang baharu.

"Kami mengambil kesempatan ini untuk mengesahkan bahawa kami telah membuat keputusan untuk menukar nama parti ini kepada 'Parti Bebas Rasuah (PBR)," kata Pengasas PBR S.Gobi Krishnan, sambil menambah perubahan tersebut telah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan pada Jumaat.

PBR juga mengumumkan beberapa pelantikan baharu termasuklah pelantikan bekas ahli Umno, PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai presiden PBR yang baharu.

Bekas timbalan ketua Umno Batu Kawan dan bekas ahli PPBM Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan adalah timbalan presiden PBR yang baharu.

Syed Nazarudin Syed Aziz dan Rajaretinam Armuggan telah dinamakan sebagai naib presiden PBR.

Gobi, yang juga bekas setiausaha Biro Strategi dan Polisi Kebangsaan PKR mengekalkan kedudukannya sebagai setiausaha agung PBR.

Tan Chee Seng telah dinamakan sebagai bendahari, Abdul Ghani Haroon sebagai ketua penerangan dan Surendran Shamugam merupakan ahli jawatankuasa eksekutif Pusat.

NewGen Party telah didaftarkan pada September 2013 dan merupakan parti berbilang kaum yang menyasarkan golongan muda.

Tags / Kata Kunci: NewGen Party , PBR , S.Gobi Krishnan

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan