Majlis Syura Akan Putuskan Nasib PAS, PKR - Mursyidul Am PAS

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 9:29 PM

Hashim Jasin

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Hanya Majlis Syura Ulama PAS yang akan membuat keputusan sama ada PAS perlu memutuskan hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau sebaliknya, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.

Beliau berkata walaupun Muktamar Agung PAS penghujung April ini akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara itu namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan selepas itu.

"PAS ada garis panduannya untuk memutuskan sebarang keputusan untuk berkawan dengan siapa, mahu berlawan dengan siapa ataupun mahu berkecuali untuk berkawan.

"Majlis Syura lah akhirnya akan membuat penilaian dan menilai sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar nanti.

PAS bukan parti yang bodoh kerana kita boleh menilai sesuatu itu sama ada baik atau tidak," katanya pada perasmian mesyuarat PAS Kawasan Kuala Kedah di sini, petang ini.

Hashim berkata walaupun ketika ini semua kawasan sedang mengadakan mesyuarat di peringkat masing-masing, terpulanglah kepada mereka membuat usul untuk tidak bersama PKR atau mana-mana parti yang lain bagi dibincangkan pada muktamar nanti.

Katanya biar perwakilan pada muktamar nanti menyuarakan pandangan mereka dan membuat keputusan yang kemudiannya akan dimuktamadkan selepas itu.

Sementara itu, Hashim berkata PAS tidak kisah siapa yang akan membentangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 selepas Barisan Nasional (BN) memutuskan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.

"Kalau Lim Kit Siang mahu bentangkan pun tidak apa kerana (bekas mursyidul am PAS) Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah berkata PAS menerima sesiapa sahaja yang mahu menolong termasuklah syaitan," katanya.

Beliau berkata apa yang penting adalah matlamat untuk memartabatkan Mahkamah Syariah itu tercapai.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini berkata kerajaan tidak akan membentangkan pindaan RUU itu di Parlimen dan ia akan kekal sebagai RUU persendirian.


Kata Najib ia susulan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) yang secara konsensus membuat keputusan mengenai perkara itu.
-Bernama
Tags / Kata Kunci: Majlis Syura , PAS , PKR

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan