KPN Sanggah Laporan Polis Malaysia Salah Kenal Pasti Mayat Jong-nam

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 7:14 PM

Tan Sri Khalid Abu Bakar

(Ubah saiz teks)

SUBANG JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan yang mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah melakukan kesilapan apabila mengenal pasti Kim Jong-nam sebagai rakyat Korea Selatan selepas dia dibunuh.

Beliau menolak laporan berita yang menyatakan pihak berkuasa Malaysia telah memaklumkan kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur mengenai kejadian itu terlebih dahulu, selepas 'tersalah' mengenal pasti Jong-nam sebagai rakyat Korea Selatan.

"Mengarut! Adakah kami sebodoh itu? Tidak, perkara pertama yang kami lakukan ialah memeriksa pasport si mati. Ia jelas pasport Korea Utara, jadi kenapa kami tanya Korea Selatan?.

"Kami memaklumkan kedutaan Korea Utara mengenai kejadian. Pegawai rasmi mereka datang dan mengenal pasti si mati sebagai Kim Jong-nam. Tetapi pada hari berikutnya mereka beritahu kami bahawa itu bukan Jong-nam tetapi Kim Chol," katanya, Jumaat.

Khalid berkata sebagai penyiasat profesional, polis Malaysia terus merujuk si mati dengan nama yang tertera dalam pasportnya sebelum dia positif dikenal pasti sebagai Kim Jong-nam melalui ujian DNA.

"Sebab itulah saya terus merujuk kepada dirinya sebagai Kim Chol sebelum akhirnya mengenal pasti dirinya sebagai Kim Jong-nam," katanya kepada pemberita di E.City Hotel di One City di sini.

Menurut laporan pada Khamis, pihak berkuasa Malaysia didakwa telah terkeliru dengan nama Republik Demokratik Rakyat Korea, nama rasmi Korea Utara, dengan Republik Korea, selepas memeriksa pasport Jong-nam.

Jong-nam telah dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 pada 13 Februari sementara menunggu penerbangan ke Macau.

Dia didakwa telah dibunuh oleh dua wanita Doan Thi Huong dari Vietnam dan Siti Aisyah dari Indonesia, yang dikatakan telah menyapu mukanya dengan agen saraf VX.

Kedua-dua wanita itu telah didakwa kerana melakukan pembunuhan tersebut.


Tags / Kata Kunci: Khalid Abu Bakar , Kim Jong-nam

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan