Rakyat M'sia Syukur Sokongan Waktu Sukar Di Korea Utara

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 8:04 AM

Mohd Nor Azrin Md Zain.

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Rakan-rakan diplomat di Korea Utara merupakan sumber sokongan dan bantuan terbaik dalam waktu sukar, kata kaunselor Malaysia ke Korea Utara.

Mohd Nor Azrin Md Zain mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Vietnam, Indonesia, Laos, Kemboja, Pakistan, Poland dan Sweden kerana menyediakan bantuan, termasuk makanan.

"Kami tidak diganggu pihak berkuasa Korea Utara, mereka memberitahu kami bahawa kehidupan berjalan seperti biasa.

"Tetapi hakikat kami tidak dibenarkan untuk pulang ke tanah air sememangnya membimbangkan," katanya kepada pemberita, selepas sejam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi Jumaat.

"Saya tidak menafikan bahawa apabila kerajaan Korea Utara mengenakan larangan itu, kami menganggapnya serius kerana kami tidak melakukan sebarang kesalahan," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Nor Azrin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di atas usaha membawa dia dan rakyat Malaysia yang lain pulang ke tanah air.

Mohd Nor Azrin berkata, mereka harus menguatkan semangat kerana menyedari ahli keluarga pastinya bimbang tentang keadaan mereka.

"Kami mahu menghabiskan masa dengan ahli keluarga kami sekarang," katanya.

Penerbangan yang membawa sembilan rakyat Malaysia itu tiba di KLIA pada pukul 5.30 pagi Jumaat, selepas berlepas dari Pyongyang, Korea Utara pada pukul 7.45 malam Khamis waktu Malaysia.

Kesemua rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tidak menentu di Korea Utara selama 24 hari, selepas larangan meninggalkan negara itu dikeluarkan pada 7 Mac lalu.

Mohd Nor Azrin berkata, kesemua mereka bagaimanapun bebas bergerak di Pyongyang dan meneruskan tugas harian seperti biasa.

Ditanya adakah ia seperti bagaikan mimpi ngeri, beliau berkata, mereka tahu apa yang sedang berlaku dan masing-masing menguatkan semangat.

"Kami sentiasa memberi sokongan antara satu sama lain, kami begitu rapat seperti keluarga," katanya.

Mengenai sama ada beliau akan mempertimbangkan untuk kembali ke Pyongyang, Mohd Nor Azri berkata, beliau akan mengikut arahan.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan