Juruterbang Lega Tinggalkan Ruang Udara Korea Utara

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 7:32 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Walaupun berpengalaman menerbangkan pesawat menerusi misi menyelamat di kawasan konflik seperti Libya, Leftenan Kolonel Hasrizan Kamis, yang membawa pulang sembilan rakyat Malaysia yang terkandas di Korea Utara, hanya dapat menarik nafas lega selepas meninggalkan ruang udara Korea Utara.

Juruterbang berusia 26 tahun yang terbang bersama dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pembantu juruterbang dan dua kuatermaster berkata, kesemua anggota terpaksa menjadi 'juruterbang awam' demi keselamatan.

"Kami mendapat perintah supaya bersiap sedia pada Isnin dan berlepas menggunakan pesawat perniagaan Bombadier Global Express sekitar pukul 10.30 pagi Khamis di Pangkalan Udara Subang.

"Kami tidak pasti apa yang dapat dijangkakan apabila memasuki ruang udara Korea Utara," katanya ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Hasrizan bagaimanapun berkata, tiada apa yang luar biasa sepanjang penerbangan.

"Satu-satunya isu adalah kelewatan yang panjang antara masa kami mendarat di Pyongyang, pada pukul 4.30 petang waktu Malaysia, dan masa kami dibenarkan untuk berlepas, kira-kira pukul 7.45 malam," katanya, sambil menambah bahawa beliau tidak mengetahui punca kelewatan.

Penerbangan berhenti di Lapangan Terbang Fuzhou Changle di China bagi mengisi bahan api sebelum pulang ke Malaysia.

"Saya amat bersyukur kami berjaya membawa rakyat Malaysia pulang ke tanah air," katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan