Dialog Tun M-Nazri Sah 7 April

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 7:14 PM

Gambar surat daripada Ketua Polis Daerah Shah Alam yang dimuat naik oleh Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub di laman Twitternya, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dialog di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz disahkan akan berlangsung pada 7 April ini, pukul 9 malam.

Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, sesi dialog juga tidak mendapat halangan daripada pihak polis.

“Alhamdulillah, hari ini kami sudah menerima surat pemakluman daripada polis Shah Alam yang tidak menghalang sesi dialog ini diadakan.

“Kami juga akan mematuhi semua arahan dan garis panduan yang diberikan sepanjang sesi itu berlangsung,” katanya.

Beliau berkata, sesi dialog berkenaan hanya akan dihadiri penonton yang menerima kad jemputan sahaja. Perkara ini sudah dimaklumkan kepada kedua-dua belah pihak.

“Seramai 450 penonton akan hadir yang terdiri daripada pihak Tun Mahathir, Mohamed Nazri dan jemputan Sinar Harian. Penonton yang dijemput akan dimaklumkan mengenai beberapa peraturan yang harus dipatuhi.

"Parkir juga disediakan di dalam premis kami untuk kemudahan jemputan yang hadir,” ujarnya.

Tambahnya, biarpun jumlah penonton terhad, namun sesi dialog ini boleh disaksikan secara langsung menerusi Sinar TV iaitu di www.sinar.tv serta rangkaian Sinar Harian yang lain seperti portal dan juga laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

“Kami juga berharap, sesi ini akan berlangsung secara aman sepertimana wacana, debat, dan program bicara minda yang pernah kita anjurkan sebelum ini.

“Ini merupakan kali ke-46 kami adakan program seperti ini. Kami ambil maklum akan semua garis panduan dan nasihat polis dan berharap ia berlangsung dengan jayanya,” katanya.

Kali ini, Penasihat Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali bertindak sebagai moderator.- SinarHarian

 

Tags / Kata Kunci: Karangkraf , Mahathir , Nazri

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan