Aplikasi Popular Senarai Harga Minyak Ditarik Balik

Diterbitkan: Jumaat, 31 Mac 2017 9:18 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Aplikasi popular, MyPetrol, yang menyenaraikan harga minyak di stesen minyak di negara ini tidak lagi boleh dimuat turun hanya selepas empat hari berada di Google Play Store.

Saw Ting Yik yang membangunkan aplikasi tersebut berkata, MyPetrol terpaksa ditarik balik selepas mendapat lebih 87,000 muat turun sejak pelancarannya pada 27 Mac.

Ting Yik berkata, beliau kini percaya stesen minyak tidak lagi dibenarkan menawarkan diskaun ke atas bahan api.

Aplikasi ini, yang menggunakan maklumat daripada sumber orang ramai telah mencetuskan kekeliruan selepas menyenaraikan harga tidak tepat, menyebabkan timbul khabar angin mengenai perang harga.

Pengguna aplikasi dibenarkan untuk mengemas kini harga terkini dari stesen-stesen minyak di kawasan sekitarnya.

Aplikasi ini telah dikeluarkan pada malam Khamis selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam satu kenyataan berkata aplikasi itu menyenarikan maklumat harga petrol tidak tepat dan memberi amaran tindakan akan diambil jika keadaan menjadi tidak terkawal.

Ting Yik, 27, memberitahu The Star Online bahawa aplikasi MyPetrol diwujudkan untuk membantu orang ramai menjimatkan wang selepas kerajaan mengumumkan mekanisme harga siling mingguan untuk bahan api.

Awal bulan ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pengusaha stesen minyak dibenar menjalankan promosi dan memberi diskaun ke atas harga minyak jika mereka terlebih dahulu mendapat kelulusan kementerian.

Bagaimanapun, kenyataan kementerian itu pada Khamis menyatakan bahawa stesen minyak hanya dibenarkan menjual bahan api pada harga runcit yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ting Yik berkata, dengan kenyataan kementerian bahawa stesen minyak tidak boleh menawarkan potongan harga, aplikasi MyPetrol tidak dapat berfungsi untuk memenuhi matlamatnya lagi.

"Saya memutuskan untuk mengeluarkan aplikasi ini kerana ia tidak memberi manfaat kepada sesiapa. Ia juga disebabkan oleh pengguna-pengguna yang tidak bertimbang rasa dan tidak jujur," katanya.

Ting Yik, seorang jurutera kimia sepenuh masa, berkata beliau membangunkan MyPetrol semata-mata kerana hobi.


"Saya tidak pernah terfikir tentang keuntungan apabila memulakan aplikasi ini. Ia didorong oleh semangat saya untuk belajar," katanya.

Beliau telah menghabiskan masa selama tiga minggu membangunkan MyPetrol.

Walaupun sudah tidak berada dalam talian, beliau akan terus membangunkannya apabila ada masa lapangnya.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 87,000 pengguna di atas sokongan mereka dan saya akan kembali dengan MyPetrol V2 jika stesen minyak dibenarkan memberi harga diskaun, dengan mekanisme dan ciri-ciri yang lebih baik yang dikehendaki pengguna," katanya.
Tags / Kata Kunci: MyPetrol , harga petrol , aplikasi

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan