Najib Luangkan Masa Temui Tiga Mangsa Culik

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 9:55 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi Khamis meluangkan masa menemui tiga mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf yang baru dibebaskan selepas ditahan oleh kumpulan itu, Julai lepas.

Najib meluangkan masa kira-kira setengah jam bersama tiga mangsa tersebut yang turut disertai anggota keluarga mereka di kediaman perdana menteri di sini kira-kira 8.15 pagi tadi.

Tiga warga Malaysia itu - Jumadil Rahim, 24; Mohd Ridzuan Ismail, 33, dan Fandy Bakran, 27, - diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina pada 11.30 malam Ahad.

Turut hadir Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim yang turut menyertai sesi perbualan, bersarapan pagi dan mendengar kisah mangsa yang menceritakan kembali detik malang insiden penculikan tersebut.

Suasana pilu turut dirasai apabila ketiga-tiga mangsa, yang merupakan nelayan, dipertemukan dengan anggota keluarga masing-masing.

Kesemua anggota keluarga pula tidak dapat menahan tangisan apabila dapat memeluk erat mangsa setelah lebih lapan bulan ditahan oleh pengganas tersebut.

Sebelum ini, Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiga mangsa culik warganegara Malaysia telah diselamatkan oleh Joint Task Force Sulu semasa menjalankan operasi ketenteraan bersepadu di Sulu pada 26 Mac lalu.

Ketiga-tiga mangsa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada kira-kira pukul 8 malam, semalam.

Pada Isnin lepas, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut bertemu dan mendengar sendiri cerita dua lagi nelayan yang turut menjadi mangsa culik, Tayudin Anjut, 46, dan Abdul Rahim Summas, 63.

Pada 18 Julai lepas, kelima-lima mereka diculik oleh kumpulan militan itu  dan kapal tunda Serudong 3 yang mereka naiki ditemui dalam keadaan enjin masih hidup di perairan Dent Haven, Lahad Datu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Najib , Abu Sayyaf , Seri Perdana

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan