Nasib Keluarga Mangsa Culik Abu Sayyaf Ibarat Jatuh Ditimpa Tangga

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 12:30 PM

Mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf, Fandi Bakram, 27, berpelukan bersama ibunya Hasmia Lahapi, 51, ketika dipertemukan di kediaman perdana menteri di Taman Duta, Khamis.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Itu situasi yang dapat digambarkan mengenai keluarga Fandy Bakran, 27, seorang daripada mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf, apabila kediaman mereka di Tawau, Sabah turut musnah dalam kebakaran selepas 10 hari insiden penculikan itu.

Menceritakan detik hitam itu, ibunya, Hasmia Lahapi, 51, berkata perasaan sedih yang dihadapinya amat sukar diungkapkan dengan kata-kata.

"Bayangkan kehidupan yang saya lalui, setiap malam tidak dapat tidur memikirkan keadaan keselamatan anak yang diculik.

"Rumah kami pula tiba-tiba musnah dalam kebakaran dan terpaksa menumpang di rumah saudara mara. Apapun saya bersyukur kerana anak kembali ke pangkuan keluarga" katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Terdahulu, selain Fandy, dua mangsa culik kumpulan militan Abu Sayyaf, Jumadil Rahim, 24 dan Mohd Ridzuan Ismail, 33 bersama keluarga masing-masing bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di kediaman rasmi beliau di Taman Duta, di sini.

Ketiga-tiga mereka diselamatkan pasukan keselamatan Filipina dalam satu operasi di kawasan umum Punay (Publicion) Panglima Estino, Filipina pada 11.30 malam Ahad.

Sementara itu, Harianti Hamsi, 31, isteri kepada Mohd Ridzuan berkata kehidupan yang dilaluinya lebih lapan bulan lalu selepas kehilangan suami amat perit dan sukar digambarkan.

Ibu kepada tiga cahaya mata itu berkata beliau dimaklumkan mengenai penculikan itu daripada rakan suaminya.

"Selepas suami hilang, anak pula demam panas dan saya juga perlu menguruskan anak sulung kami Noridawati, 6, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU)," katanya sambil menitiskan air mata.

Harianti juga turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat terutama kerajaan Malaysia yang berusaha menyelamatkan suaminya.-- Bernama


Tags / Kata Kunci: Abu Sayyaf , Tawau , Najib

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan