Lelaki Cuba Rasuah Sultan Johor Serah Diri Kepada SPRM

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 7:39 PM

Azam Baki.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang lelaki yang didakwa cuba merasuah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebanyak RM2 juta telah menyerah diri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata lelaki berusia 54 tahun itu menyerah diri kepada SPRM pada petang Khamis.

"Siasatan sedang dijalankan. Sama ada dia akan direman atau dibebaskan, kami akan putuskan pada pagi Jumaat," kata Azam.

Sebelum itu, SPRM memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis untuk individu tersebut tampil di pejabat SPRM dan jika gagal berbuat demikian identitinya akan didedahkan.

Sultan Johor baru-baru ini mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang Di-Pertuan Agong.

Pada Isnin, baginda telah mengadakan pertemuan dengan SPRM bagi mendedahkan maklumat berhubung orang tengah yang cuba merasuah baginda untuk pemberian pingat kebesaran kerajaan.

Pertemuan antara baginda dan SPRM yang diwakili Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad, diadakan di satu lokasi di sini.

Tags / Kata Kunci: SPRM , Sultan Johor , rasuah

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan