Kerja Naik Taraf Bandaraya Sukan KL 88 Peratus Siap

Diterbitkan: Khamis, 30 Mac 2017 8:44 PM

Azman Fahmi (tiga, kiri) bersama S. Nalgunalingam (empat, kiri) memberi penerangan kepada para wakil media pada sesi lawatan ke Stadium Bukit Jalil, Khamis. fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerja pengubahsuaian dan naik taraf fasa satu Bandaraya Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil, di sini sudah mencecah 88 peratus siap iaitu lapan peratus lebih awal daripada jangkaan.

Pengurus Besar Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB) S.Nalgunalingam berkata kerja membaik pulih empat gelanggang utama di fasa satu projek itu hampir siap kecuali beberapa bahagian.

Ini termasuk laluan kanopi menghubungkan Stadium Nasional ke Stadium Hoki Nasional serta kerja pengindahan di kawasan sekitar.Beliau juga berkata MRCB akan menyerahkan gelanggang itu kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) sebaik ia siap pada Julai, sebulan sebelum Sukan SEA 2017 bermula.

"Kami sudah melepasi sasaran yang dijanjikan pada Disember lalu untuk menyiapkan 80 peratus kerja baik pulih dan kini ia mececah 88 peratus pada Mac dan kami gembira dengan semua proses yang dilakukan," katanya dalam taklimat kepada media di sini Khamis.

"Kerja pengubahsuaian dan naik taraf di Arena Axiata dan Pusat Akuatik Nasional akan mengambil sedikit masa untuk diselesaikan kerana memerlukan beberapa ujian terhadap kemudahan yang memerlukan banyak perakuan antarabangsa," kata Nalgunalingam.

Beliau mengakui cabaran utama menyiapkan projek naik taraf dengan kos RM500 juta itu adalah masa tetapi gembira kerjasama erat antara MRCB, Kementerian Belia dan Sukan serta PSM membolehkan semua kerja itu berjalan lancar.

Turut berkongsi pandangan sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif PSM Azman Fahmi Osman yang berpuas hati dengan perkembagan kerja itu dan yakin ia dapat disiapkan dalam tempoh yang diberikan.

Beliau berkata atlet kebangsaan terutama bagi acara olahraga boleh menguji balapan yang baru dinaik taraf di Stadium Nasional pada Julai nanti.Fasa satu Bandaraya Sukan KL membabitkan kerja naik taraf di Stadium Nasional, Arena Axiata (dulunya dikenali sebagai Stadium Putra), Pusat Akuatik Nasional, Stadium Hoki Nasional serta plaza bersaiz besar dan kerja pembangunan infrastruktur.

Sebaik temasya Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN berakhir, MRCB akan memulakan fasa dua projek itu pada Januari 2018.

Fasa kedua menyaksikan Bandaraya Sukan KL dijadikan hab sukan bersepadu merangkumi infrastruktur berkelas dunia termasuk kemudahan latihan berprestasi tinggi, pusat pemulihan sains sukan, taman belia, kemudahan awam, pusat konvensyen dan pusat membeli belah.

MRCB menerusi anak syarikatnya, Rukun Juang Sdn Bhd dipilih oleh kerajaan Pusat untuk membangunkan projek Bandaraya Sukan KL pada Oktober 2015. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan