'Tok Lebai' Cetus Kekecohan Di Sidang DUN Selangor

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 6:36 PM

Lau Weng San.

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Rabu kecoh seketika apabila seorang anggota dari DAP mengeluarkan perkataan 'tok lebai' yang disifatkan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini. 

Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku) ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Sultan Selangor, menyebut perkataan 'tok lebai' yang merujuk kepada individu tertentu yang menjadi punca ketidaktentuan ekonomi negara dan kejatuhan nilai ringgit. 

Datuk Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) kemudian bangun mencelah dan menegur Weng San untuk tidak menggunakan perkataan itu lagi sebab ia seolah-olah menghina agama Islam. 

"Dalam agama Islam, 'tok lebai' merujuk kepada agamawan, ahli cendekiawan agama dan paling tidak tok imam," katanya.  

Namun, Weng San enggan menerima teguran Sulaiman sehingga menyebabkan kedua-dua wakil rakyat berkenaan bertikam lidah sebelum Timbalan Speaker DUN, Mohd Shafie Ngah meminta mereka duduk serta meminta Lau menarik semula perkataan itu. 

Weng San kemudian memohon maaf jika tindakan beliau itu menyinggung perasaan umat Islam. 

Istilah 'tok lebai' menjadi popular selepas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menerusi akaun twitternya baru-baru ini merujuk seorang invidu sebagai 'tok lebai' yang dikatakan bercita-cita hendak menawan Selangor.

"Ada tok lebai nak tawan Selangor. Kawasan sendiri pun kalah tersungkur," kata Mohamed Azmin. - Bernama

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan