TH Lulus 20 Syarikat Pelancongan Tawar Khidmat Haji

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 3:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) telah meluluskan 20 syarikat pelancongan tempatan untuk menjadi Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang bertujuan menawarkan perkhidmatan pakej haji 1438H/2017.

Bahagian Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Korporat Kumpulan TH dalam satu kenyataan berkata bakal jemaah yang telah menerima surat tawaran menunaikan haji tahun ini dan berhasrat menggunakan perkhidmatan pakej haji, dinasihatkan supaya menggunakan perkhidmatan PJH itu.

"TH menasihati orang ramai untuk berwaspada dan tidak terpengaruh dengan mana-mana maklumat dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji seperti isu yang menular baru-baru ini menerusi media sosial," kata kenyataan itu, Rabu.

Antara PJH itu adalah TH Travels  and  Services Sdn Bhd; Alif Travel  and  Tours Sdn Bhd; Andalusia Travel  and  Tours Sdn Bhd; Ash-Har Travel  and  Tours Sdn Bhd; Batuta Travel  and  Tours Sdn Bhd; C. S. Holidays Sdn Bhd; Citra Travel  and  Tours Sdn Bhd; Felda Travel Sdn Bhd; Gemilang Travel and Tours Sdn Bhd; dan Misbah Travel  and  Tours Sdn Bhd.

Turut tersenarai Masamas Travel  and  Tours Sdn Bhd; MKM Ticketing Travel  and  Tours Sdn Bhd; Platinum Gesture Travel  and  Tours Sdn Bhd; Rayhar Travels Sdn Bhd; Syarikat Pelancongan Yaskin Sdn Bhd; TM Tours  and  Travel Sdn Bhd; Touch Me Travel  and  Tours Sdn Bhd; Utas Travel  and  Tours Worldwide Holidays Sdn Bhd; Wira Saujana Travels  and  Tours Sdn Bhd; dan Zahafiz Travel  and  Tours Sdn Bhd.

Menurut kenyataan itu TH tidak pernah melantik mana-mana individu perseorangan untuk menjadi perantara, orang tengah atau ejen dalam hal berkaitan tawaran dan pakej haji.

Jelasnya, individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh lesen PJH daripada TH adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Orang ramai boleh menghubungi talian Khidmat Pelanggan (THCC) di 03-62071919 untuk sebarang pertanyaan berkaitan perkhidmatan TH. -- Bernama 



Tags / Kata Kunci: TH Travel , haji

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan