Skim Lindungan Insuran Pesawah Harap Dapat Dilaksana Dalam Bajet 2018

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 8:21 AM

Ahmad Shabery Cheek (kanan) beramah mesra bersama penerima anugerah pada majlis Malam Anugerah Tani Bernas 2017 pada Selasa malam. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berharap skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian akibat bencana dapat dilaksanakan menerusi Bajet 2018.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata skim insurans tersebut kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

"Kita sedang dalam peringkat akhir dan akan bentangkan kepada Kabinet dalam masa satu atau dua bulan akan datang. Jika dipersetujui Kabinet, saya berharap agar ia dapat dimasukkan dalam bajet tahun ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Malam Anugerah Tani Padiberas Nasional Berhad (Bernas) 2017.

Ahmad Shabery berkata antara mekanisme yang sedang dipertimbang antaranya kesesuaian skim tersebut mengikut kawasan dan pembiayaan.

Beliau berkata skim berkenaan akan memanfaatkan kira-kira 200,000 pesawahdiseluruh negara.

Ahmad Shabery berkata sebagai permulaan, Bernas bersetuju menyuntik sebanyak RM10 juta bagi membiayai skim insurans berkenaan.

Sementara itu, anugerah yang julung kali diadakan itu khusus bagi meraikan pesawah, pengilang dan pemborong cemerlang sebagai rakan tani Bernas dalam industri padi dan beras negara.

Sebanyak 15 anugerah kecemerlangan diberikan kepada tujuh pesawah, empat syarikat pengilang Bumiputera dan empat syarikat pemborong.

Pesawah dari Yan, Kedah, Datuk Azmi Jaafar, 66, meraih anugerah utama iaitu Pesawah Setia 2016.  Beliau membawa pulang trofi, wang tunai RM20,000 dan sebuah motosikal Modenas.

Azmi dipilih berdasarkan catatan hasil cemerlang pada tahun lalu, sebanyak 450 tan metrik dengan pemutuan purata 18.8 peratus.

Selain itu, Bernas turut menyampaikan sumbangan berbentuk pakej umrah kepada 100 pesawah di bawah inisiatif Pesawah Setia Bernas. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Skim Insuran pesawah

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan