Pokok 'Ceiba Chodatii' Bukan Ikon Bandar Baru Kuala Nerus

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 3:41 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Terengganu tidak berhasrat menjadikan pokok gergasi 'Ceiba chodatii' atau benang sutera sebagai ikon Bandar Baru Kuala Nerus sebaliknya pokok itu hanya sumbangan kontraktor utama bagi mengindahkan landskap.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri Ir Rosli Othman berkata dakwaan pokok itu akan menjadi ikon Kuala Nerus disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bagi mengelirukan rakyat.

"Saya juga nafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya sepokok sahaja," katanya soalan tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) mengenai dakwaan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, Rabu.

Rosli berkata penyelenggaraan pokok itu juga tidak melibatkan peruntukan kerajaan negeri sebaliknya diuruskan oleh kontraktor secara percuma.

Menjawab soalan tambahan Hishammuddin Abdul Karim (PAS-Tepoh) sama ada sumbangan daripada kontraktor untuk projek kerajaan sebagai amalan biasa, Rosli berkata perkara itu tidak diamalkan oleh kerajaan negeri namun akan diterima dengan tangan terbuka jika sumbangan diberi sebagai tanggungjawab sosial korporat.

Terdahulu, menjawab soalan Azan mengenai peruntukan untuk pembangunan Bandar Baru Kuala Nerus dan jumlah yang telah dibelanjakan, Rosli berkata kos keseluruhan RM600 juta dan sebanyak RM85 juta telah dibayar kepada pemaju setakat ini.

Sementara itu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif menjelaskan walaupun semasa pembentangan Bajet 2017 peruntukan yang diumumkan ialah RM700 juta, kerajaan negeri berjaya mengurangkan kos kepada RM600 juta untuk pembangunan projek tersebut.

"Kita dapat jimat RM100 juta... ini patut disokong semua termasuk pihak sebelah sana (pembangkang)," katanya yang bangun mencelah apabila Hishammuddin membangkitkan perbezaan peruntukan yang diumum semasa Bajet 2017 dan yang dijawab pada Rabu.

Pembinaan Bandar Baru Kuala Nerus itu bermula pada Disember 2015 dan dijangka siap pada Disember 2020, namun berdasarkan laporan kemajuan projek, bangunan pentadbiran dijangka boleh mula diguna pada Disember 2018.-- Bernama





Tags / Kata Kunci: Ceiba Chodatii , Kuala Nerus

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan