49 Penduduk Di Jempol Terima Suratan Hak Milik

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 7:56 AM

Mohamad Hasan (dua, kiri) beramah mesra dengan seorang penerima Suratan Hak Milik, Ghazali Daraman, yang juga Orang Kelainan Upaya pada majlis penyerahan Suratan Hak Milik Kampung Kereta Api dan Kampung Melur pada Selasa. Foto: Bernama

(Ubah saiz teks)

JEMPOL: Sebanyak 49 penduduk Kampung Melur dan Kampung Keretapi menerima Suratan Hak Milik di Dewan Terbuka Perumahan Awam Ayer Hitam, Jempol.

Penyerahan Suratan Hak Milik itu disempurnakan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan.

"Alhamdulillah, selepas kira-kira 40 tahun menunggu untuk memperoleh geran hak milik, akhirnya penerima boleh menghela nafas lega di atas penyerahan ini.

"Terima kasih kepada penerima yang bersabar sepanjang proses ini, sebelum ia dapat diserahkan pada hari ini," kata Mohamad ketika berucap pada majlis penyampaian Suratan Hak Milik berkenaan di sini, Selasa.

Turut hadir Exco Sumber Manusia, Perladangan dan Kampung Baru yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeram Padang, Datuk L. Manickam dan Adun Kawasan Lui, Mohd Razi Mohd Ali.

Mohamad juga menasihatkan penduduk kampung supaya tidak mendengar dakyah daripada pihak tidak bertanggungjawab kerana akhirnya ia membawa kerugian kepada mereka sendiri.

Kampung Keretapi mula diteroka sejak awal 90-an manakala Kampung Melur pada 2000, dengan penduduk kampung mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit.-Bernama

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan