Serah MT Tentukan Nasib Naib Ketua Umno Bakri - MB Johor

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 5:10 PM

Mohamed Khaled Nordin.

(Ubah saiz teks)

KOTA ISKANDAR: Umno Johor akan menyerahkan kepada majlis tertinggi parti untuk menentukan nasib Naib Ketua Umno Bahagian Bakri, Datuk Mohamed Mustafa Abdul Kadir yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh atas tuduhan dadah.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin enggan mengulas mengenai kes yang membabitkan Mohamed Mustafa.

"Ia adalah hal peribadi dia dan saya tidak mahu komen mengenainya.

"Kita akan serahkan pemimpin parti untuk membuat keputusan terhadap Mohamed Mustafa berhubung kes yang membabitkannya," katanya di sini.

Mustafa, seorang ahli perniagaan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Selasa atas tuduhan penyalahgunaan dadah jenis methamphetamine.

Mohamed Mustafa mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu. 

Beliau didakwa mengakui kesalahan itu di Bahagian Narkotik di ibu pejabat Polis Melaka di Bukit Beruang pada pukul 6 petang 1 Ogos 2016.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 April ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan