Seorang Maut Kemalangan Di Beaufort - Berita Semasa | mStar

Seorang Maut Kemalangan Di Beaufort

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 11:28 AM

Gambar hiasan kemalangan.

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Seorang maut manakala seorang lagi cedera ringan setelah kereta pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam pembetungan najis di Bulatan Jalan Bypass Beaufort, Selasa malam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam kenyataan berkata mangsa Andrew Mustal, 27, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital di lokasi kejadian.

"Bomba menerima panggilan mengenai kejadian itu 8.33 malam dan sampai dilokasi lapan minit kemudian.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," kata kenyataan itu.

Seorang lagi mangsa, Elson Isos, 22, yang mengalami cedera ringan dihantar ke hospital terdekat untuk mendapat rawatan.-Bernama

Tags / Kata Kunci: Kemalangan , Beaufort
   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan