Harga Bahan Api Turun Menerusi Pengumuman Mingguan Pertama Kali

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 8:15 PM

ron95
(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Harga bahan api akan berkurangan sehingga 19 sen seliter pada Khamis, menerusi pengumuman mekanisme harga secara mingguan yang diperkenalkan buat pertama kali.

Harga petrol RON 95 akan menurun sebanyak 17 sen kepada RM2.13 seliter daripada RM2.30 sebelum ini, manakala petrol RON 97 kurang 19 sen kepada RM2.41 seliter daripada RM2.60 sebelum ini.

Harga diesel menurun sebanyak sembilan sen kepada RM2.11 seliter daripada RM2.20 sebelum ini.

Perkara tersebut disahkan oleh Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petron, Datuk Alang Zari Ishak.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa pada Khamis dan kekal sehingga 5 April depan.

Awal bulan ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengumumkan bahawa mekanisme harga bahan api akan diumumkan secara mingguan bermula April.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan