Dego Ride: Malaysia Contohi Negara Maju

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 1:50 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mencontohi Tokyo, Singapura, London dan New York yang tidak menggunakan operasi teksi motosikal di bandar mereka.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Mansor Abd Rahman (BN-Sik) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini yang ingin tahu kenapa Dego Ride tidak dibenarkan beroperasi di negara ini biarpun negara jiran seperti Thailand dan Indonesia menggunakan perkhidmatan itu.

Ab Aziz berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati risiko pengguna motosikal terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan yang mengakibatkan cedera parah adalah 42.5 kali lebih tinggi berbanding bas dan 16 kali lebih tinggi berbanding kereta.

"Statistik 2016 menunjukkan 62 peratus daripada 7,152 mangsa yang terkorban di jalan raya melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal," katanya.

Katanya rakyat di negara ini mempunyai banyak pilihan pengangkutan awam lain seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dankomuter.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mujahid Yusof (Amanah-Parit Buntar) mengenai undang-undang khusus bagi perkhidmatan Uber dan Grabcar, Ab Aziz berkata pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat bagi mengawal selia perkhidmatan Uber dan Grabcar menggunakan aplikasi e-hailing (e-panggilan) dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini. -Bernama

Tags / Kata Kunci: Datuk Ab Aziz Kaprawi , Dego ride

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan