Buletin E-Rakyat Bukti Kerajaan BN Penuhi Aspirasi Rakyat - PM Najib

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 11:00 PM

Perdana Menteri merangkap Presiden Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak (dua,kiri) melancarkan Portal e-Rakyat di Menara Datuk Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Rabu malam. Turut kelihatan Timbalannya merangkap Timbalan Presiden BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua,kanan), Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kiri) dan Pengarah therakyat.com Shamsul Bahrin (kanan).

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Buletin e-Rakyat yang dilancarkan malam ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai perancangan rapi dalam memenuhi aspirasi memakmur dan mensejahterakan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah mewujudkan buletin dalam talian itu menunjukkan BN bukan sebuah parti yang "omong kosong", tetapi memastikan apa yang dijanjikan, ditepati.

"Melalui Buletin e-Rakyat kita akan pastikan semua dasar kerajaan akan sampai ke setiap pelusuk negara," katanya semasa berucap melancarkan buletin dalam talian e-Rakyat di sini, Rabu malam.

Najib berkata buletin tersebut juga akan menjadi 'feel good factor' atas segala usaha dan ikhtiar BN.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Najib berkata buletin tersebut yang boleh diakses melalui semua platform media sosial itu menyiarkanmaklumat benar dan tepat tanpa prejudis dalam BN menjuarai hal-hal yang menjadi isu rakyat.

Beliau berkata dalam zaman teknologi kini wujud 'information gap' dan tidak semua yang kerajaan lakukan diketahui sepenuhnya oleh rakyat.

"Apatah lagi ada usaha mengelirukan rakyat, ada fakta yang tak betul atau separuh betul.

"Kita wujudkan buletin e-Rakyat melalui penyampaian media sosial kerana maklumat berbentuk fizikal tidak lagi mendapat tempat di sisi rakyat," katanya.

Najib berkata buletin yang diterbitkan dalam pelbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mandarin, Tamil, Kadazan dan Iban itu mencerminkan dasar inklusif BN.

"Buletin tersebut buat masa ini diterbitkan lapan muka surat dan akan dikemaskini dua kali sebulan.

"Namun dalam masa terdekat kekerapan penerbitan buletin itu akan dikemas kini setiap hari," katanya. Najib berkata buletin tersebut juga akan menjadi medium penghubung ampuh antara pemimpin BN dan rakyat.

"e-Rakyat adalah sebagai satu lagi platform berkesan untuk membantu BN supaya lebih akrab dalam menyentuh dan mendekati rakyat," katanya.

Buletin e-Rakyat diasaskan Shamsulbahrin Ludin dan boleh diakses melalui portal www.theRakyatcom.

Buletin e-Rakyat boleh terus dimuat turun serta dicetak untuk diedarkan ke kawasan yang capaian internetnya agak kurang memberangsangkan. -- Bernama 

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan