Black Eagles Gegar Sekitar KLCC - Berita Semasa | mStar

Black Eagles Gegar Sekitar KLCC

Diterbitkan: Rabu, 29 Mac 2017 5:00 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sembilan pesawat pejuang aerobatik Black Eagles KAI T-50B milik Korea Selatan mengegarkan ruang udara ibukota dengan melakukan pelbagai formasi melintasi bangunan ikonik negara, KLCC.

Bunyi deruman jet sekitar 10.45 pagi Rabu itu telah menarik perhatian warga kota serta pelancong asing yang sama-sama menyaksikan pertunjukan berkenaan.

Black Eagles sebelum ini terlibat dalam pertunjukan akrobatik semasa Pameran Udara Dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima’17) yang berakhir 25 Mac lepas.

Pesawat berkenaan dijadual meneruskan perjalanan ke pangkalan tentera udara Republik Korea (Rokaf) di Gangwon, Korea Selatan. 


Tags / Kata Kunci: Black Eagle , Korea Selatan , KLCC , Lima
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan