Kementerian Tunggu Jawapan Guru - Mahdzir Khalid

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 7:08 PM

Mahdzir Khalid.

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan masih menunggu jawapan daripada lima guru yang diberikan surat tunjuk sebab apabila memburukkan kerajaan dengan menaiki pentas politik pembangkang, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

"Untuk terlibat dengan politik tidak menjadi masalah, tetapi jangan sampai naik pentas pembangkang dan mengeluarkan perkataan yang melampau," katanya kepada pemberita selepas kunjungan hormat Duta Jepun ke Malaysia, Dr Makio Miyagawa di kementeriannya di sini Selasa.

Beliau berkata bentuk tindakan terhadap guru terbabit bergantung kepada kerjasama yang diberikan mereka.

Mahdzir sebelum ini dilaporkan berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.Beliau turut menegaskan tidak menjadi masalah untuk seorang penjawat awam membuat komen di media sosial tetapi ia haruslah komen yang membina.

"Kalau dia kritik kita untuk kebaikan tidak ada masalah, seperti isu budak duduk di atas lantai kerana tiada kerusi dan kita memeriksa di sekolah tersebut memang tiada kerusi di sekolah itu.. itu ok lah," katanya.

Mengenai pertemuan dengan Miyagawa, Mahdzir berkata Duta Jepun itu menyampaikan sumbangan kerajaan Jepun berjumlah kira-kira US$69,000 kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA).

IPGKBA dipilih sebagai penerima sumbangan di bawah 'Grant Assistance for Cultural Grassroots Project' (GCGP) itu kerana merupakan satu-satunya IPGK yang melaksanakan program pendidikan guru Bahasa Jepun, katanya.

"Sumbangan itu akan digunakan bagi menaik taraf makmal bahasa dan bilik latihan di kampus tersebut serta fasiliti lain yang berkaitan," katanya.

Program latihan dan perkhidmatan guru mata pelajaran Bahasa Jepun telah melahirkan 67 orang guru dari 2005 hingga 2013 yang ditempatkan di sekolah menengah berasrama penuh dan sekolah menengah harian biasa di seluruh negara. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan