Tindakan Tegas Jika Gagal Patuhi Penetapan Harga Petrol Mingguan

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 5:18 PM

Hamzah Zainudin.

(Ubah saiz teks)

KLANG: Syarikat dan pengusaha stesen minyak yang gagal mematuhi penetapan harga petrol serta diesel secara mingguan yang akan diumumkan setiap Rabu bermula esok, bakal berdepan tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata hukuman yang diperuntukkan di bawah akta itu ialah denda maksimum RM500,000 bagi syarikat sementara dan denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun bagi individu.

"Pengumuman mengenai penetapan harga petrol dan diesel akan dibuat di TV1 pukul 8 malam Rabu dan akta itu akan pastikan semua syarikat dan pengusaha stesen minyak mesti ikuti arahan diberikan pada mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutupan Seminar Kepimpinan Pegawai Ehwal Koperasi 2017 di sini Selasa.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd (Angkasa) Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Katanya melalui beberapa siri perbincangan bersama syarikat dan pengusaha stesen minyak sebelum ini, mereka telah menyatakan persetujuan untuk menambah baik mekanisme berkenaan.

Pada minggu lepas, Hamzah mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan diumumkan setiap hari Rabu dan harga tersebut berkuat kuasa selepas 12 malam.

Kerajaan sebelum ini melaksanakan penetapan harga bulanan secara pengapungan terkawal dengan mengguna pakai formula Mekanisme Harga Automatik (APM) yang telah ditetapkan sejak 1983.

Penetapan harga secara pengapungan terkawal bulanan itu bermula Disember 2014. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: petrol , harga mingguan , KPDNKK

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan