SPRM Teliti Pendedahan Sultan Johor Isu Rasuah Pingat - Azam

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 9:03 PM

Azam Baki.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang meneliti pendedahan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar mengenai cubaan rasuah terhadap baginda berhubung penganugerahan pingat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata SPRM  masih meneliti pendedahan itu dan setakat ini tiada tangkapan dilakukan.

"Buat masa ini tiada tangkapan lagi kerana kami sedang meneliti kes ini yang melibatkan pelbagai aspek," katanya.

Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad dan pegawai kanan SPRM telah menghadap Sultan Ibrahim di ibu negara berhubung pendedahan itu.

Perjumpaan itu dilaporkan berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara.

Pada 25 Mac lepas, Sultan Johor mendedahkan baginda menerima tawaran RM2 juta daripada seorang individu untuk mencadangkan nama kepada Ketua Setiausaha Negara bagi mendapatkan gelaran 'Tan Sri' daripada Yang di-Pertuan Agong. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: SPRM , Sultan Johor , penganugerahan pingat

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan