Harga Rokok Naik RM21.50?

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 4:45 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Langkah menaikkan harga rokok sehingga RM21.50 sepaket merupakan antara tindakan yang perlu diambil untuk mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengakui bahawa kempen antirokok yang diusahakan kerajaan setakat ini gagal menghalang rakyat Malaysia daripada meneruskan tabiat merokok.

"Walaupun kita telah melaksanakan pelbagai kempen, tetapi sukar untuk menjayakannya.

"Sebagai contoh, kita telah mengisytiharkan kawasan rehat dan rekreasi sebagai lokasi larangan merokok tetapi masih terdapat perokok mengingkari arahan tersebut," kata beliau ketika menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau berkata, kerajaan menghabiskan purata RM2 juta setahun sejak 2004 dalam melaksanakan kempen antirokok.

"Kita tidak lagi berkempen menerusi papan iklan dan kini menggunakan media sosial," tambah beliau.

Beliau berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 mendapati trend merokok dalam kalangan rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas adalah 24 peratus berbanding dapatan NHMS 2011 iaitu 24.6 peratus.

Ujarnya, terdapat perancangan untuk meningkatkan harga rokok pada masa terdekat dengan tujuan mengekang orang ramai daripada terus merokok.

"Buat masa ini, harga rokok (paling tinggi) dijual RM17 sepaket dan harga itu mungkin akan dinaikkan kepada RM21.50 sepaket," katanya.

Tambah beliau, kerajaan merancang untuk membentangkan rang Rokok dan Produk Tembakau pada tahun depan bagi mengawal iklan dan penjualan rokok.

Tags / Kata Kunci: Rokok

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan