Penyertaan PPBM Dalam Pakatan Harapan Penting Untuk PRU-14

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 6:25 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam Pakatan Harapan akan menjadikan rundingan pembahagian kerusi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lebih mudah, kata Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin memberitahu sidang media pada Selasa bahawa menjadi ahli penuh pakatan itu akan membenarkan 'perbincangan lebih berterus-terang dan terbuka'.

Beliau menjawab soalan mengenai perbalahan dalam kalangan pembangkang apabila melibatkan isu pembahagian kerusi dan calon jawatan perdana menteri untuk PRU-14.

"Kami faham bahawa adalah semula jadi untuk mempunyai perbezaan pendapat dan saya fikir pemimpin dalam Pakatan Harapan memahami keperluan untuk kita jadi lebih kukuh," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Muhyiddin kemudian mengulangi faktor utama melibatkan pembahagian kerusi adalah faktor keupayaan sesebuah parti untuk menang.

"Ia mengenai parti mana yang boleh menarik sokongan dan memenangi kerusi tersebut.

"Setakat yang PPBM ketahui, kami sudah mengenal pasti kerusi yang kita mahu bertanding," katanya.

Ditanya sama ada berlaku pertindahan kerusi dengan parti lain dalam pakatan tersebut, beliau berkata "ya, ada".

"Tetapi itulah sebab mengapa kita akan berunding dan kita akan mencari jalan penyelesaian," katanya.

Mengenai rundingan dengan PAS, Muhyiddin berkata parti itu akan menunggu sehingga PAS mengadakan muktamar pada April.

Tags / Kata Kunci: PPBM , Pakatan Harapan , Muhyiddin Yassin

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan