TH Belum Terima Status Pampasan Tragedi Kren Tumbang

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 2:05 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sehingga kini belum menerima sebarang perkembangan mengenai status pembayaran wang pampasan  kepada jemaah yang terkorban dan cedera dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah pada musim haji September 2015.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki  bagaimanapun berkata TH sentiasa memantau dan berhubung dengan kerajaan Arab  Saudi bagi mendapatkan perkembangan semasa mengenai perkara tersebut.

"Bayaran pampasan berhubung insiden tersebut adalah hak mutlak kerajaan Arab Saudi. TH telah menyerahkan senarai nama jemaah yang terlibat kepada kerajaan Arab Saudi untuk tujuan pampasan. 

"TH sentiasa berhubung dengan kerajaan Arab Saudi dan akan memaklumkan sekiranya terdapat perkembangan terkini daripada pihak terbabit," katanya pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PAS-Bachok) yang ingin tahu mengenai status pemberian pampasan kepada jemaah yang terlibat dalam tragedi tersebut dua tahun lepas.

Dalam kejadian 11 September 2015 itu, tujuh warga Malaysia adalah antara lebih 100 jemaah haji yang terkorban, manakala beratus lagi cedera selepas kren binaan tumbang menghempap bangunan Masjidil Haram.

Ketika menjawab soalan tambahan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) mengenai sumbangan TH terhadap mangsa terlibat, Asyraf Wajdi berkata TH telah menyumbangkan sejumlah RM43,000 kepada keluarga setiap mangsa.

"Dalam masa tidak sampai seminggu selepas insiden itu, TH menyerahkan wang perlindungan Takaful sebanyak RM20,000, khairat kematian (RM3,000) dan sumbangan wang ihsan (RM20,000)," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Tags / Kata Kunci: Tabung Haji , Kren Tumbang

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan