Keluarga Syukur Mohd Ridzuan Diculik Abu Sayyaf Akhirnya Bebas

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 7:24 AM

Hariyanti Amsi, 31, tidak dapat menahan sebak setelah penantiannya selama lapan bulan berakhir selepas suaminya Mohd Ridzuan Ismail, 33, dibebaskan ekoran diculik kumpulan Abu Sayyaf pada 18 Julai lepas. Foto Bernama

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Berkat doa anggota keluarga yang tidak putus-putus, nelayan Mohd Ridzuan Ismail, 33, yang diculik Abu Sayyaf Julai tahun lepas, akhirnya bebas.  

Beliau diselamatkan oleh pasukan keselamatan Filipina, tengah malam Ahad.

Adik kepada Mohd Ridzuan yang berasal dari Felda Jengka 7 dekat Maran, Mohd Raisuddin, 31, berkata tiada perkara yang lebih menggembirakan mereka sekeluarga ketika ini selain berita pembebasan abang sulungnya itu. 

"Pada mulanya saya dapat tahu tentang hal ini daripada orang kampung pagi tadi. Selepas itu saya menelefon kakak ipar sendiri (isteri Mohd Ridzuan) untuk kepastian. 

Beliau mengesahkannya, kata Mohd Ridzuan.   

"Kemudian, untuk dapatkan pengesahan yang betul saya menelefon pula pihak ESSCom (Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah). 

"Mereka turut mengesahkan bahawa abang saya sudah diselamatkan askar Filipina," katanya. 

Mohd Raisuddin bagaimanapun berkata, pihak ESSCom tidak memberi maklumat lanjut mengenai keadaan kesihatan abangnya.

Ini kerana mereka masih menunggu maklumat penuh daripada pihak berkuasa Filipina, kata beliau. 

"Sekarang ini saya cuma hendak tahu macam mana keadaan abang saya selepas diselamatkan, sihat atau tidak. Kalau boleh saya nak tengok gambar terkini dia dibebaskan," kata Mohd Raisuddin, anak ketiga daripada tujuh beradik.  

Setelah lapan bulan berlalu tanpa sebarang berita, harapan beliau dan adik beradik yang lain untuk melihat Mohd Ridzuan dibebaskan semakin tinggi setelah mengetahui dua lagi rakyat Malaysia iaitu Abdul Rahim Summas, 63, dan Tayudin Anjut, 45, telah diselamatkan pasukan keselamatan Filipina, Khamis lepas. 

Mengimbau kembali sebelum abangnya diculik, Mohd Raisuddin yang bekerja kampung itu berkata kali terakhir beliau berjumpa abangnya pada 2013 semasa Mohd Ridzuan pulang ke kampung sewaktu ibu mereka meninggal dunia. 

"Selepas itu, saya sudah tidak berjumpa dengannya lagi dan kebanyakannya bercakap melalui telefon sahaja. Perbualan telefon terakhir sebelum dia diculik pada malam raya (tahun lepas). 

"Antara perkara kami bualkan tentang persiapan raya," katanya. 

Dia berkata setelah abangnya selamat pulang ke Malaysia nanti, mereka sekeluarga merancang mengadakan doa selamat dan tahlil.   

"Saya dan adik-beradik lain juga sangat mengharapkan kerajaan dapat sediakan tiket kepada abang saya sekeluarga (di Sabah) untuk pulang ke Pahang. 

"Kami kalau boleh mahukan abang kami menetap terus di sini (Felda Jengka 7)," katanya. - Bernama

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan