Tengku Adnan Cadang Seragamkan Gelaran Datuk Bandar Di Labuan, Putrajaya

Diterbitkan: Selasa, 28 Mac 2017 5:04 PM

Tengku Adnan Tengku Mansor.

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan bercadang menyeragamkan penggunaan gelaran Datuk Bandar di Perbadanan Labuan (PL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) sebagaimana di Kuala Lumpur.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata cadangan itu akan dikaji terlebih dahulu kerana ia melibatkan banyak pindaan perundangan PPj dan PL.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Kementerian Wilayah Persekutuan 2016, di sini Selasa.

Ketika ini, gelaran bagi pentadbir pihak berkuasa tempatan di PPj ialah presiden manakala di PL ketua pegawai eksekutif.

Pada majlis APC itu, 916 petugas kementerian menerima anugerah tersebut daripada Tengku Adnan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: gelaran , Datuk Bandar , Tengku Adnan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan