Wan Azizah Dimasukkan Ke Hospital

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 11:15 PM

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah dimasukkan ke hospital, Isnin.

Setiausaha politiknya, Rodziah Ismail bagaimanapun berkata keadaan beliau setakat ini tidak membimbangkan.

"Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dimasukkan ke hospital, untuk mendapatkan rawatan.

"Sehubungan itu beliau tidak dapat menghadirkan diri ke sidang Dewan Rakyat dan juga sidang Dewan Negeri Selangor yang bermula hari ini (Isnin) serta beberapa acara lain," katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.

Rodziah berkata setakat ini, atas nasihat doktor kehadiran pelawat hanya dihadkan kepada keluarga terdekat.

"Saya bagi pihak pejabat Presiden PKR amat menghargai semua pihak yang mengambil berat hal kesihatan beliau, akan tetapi atas nasihat doktor pihak kami terpaksa menghadkan pelawat kepada keluarga terdekat sehingga pihak doktor mengizinkan.

"Ini adalah untuk memberikan beliau ruang yang secukupnya untuk berehat dan bersama keluarga tersayang," katanya.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa Dr Wan Azizah telah dimasukkan ke wad pada Isnin.

"Beliau OK, demam, keadaannya tak membimbangkan. Cuma doktor mahu buat pemantauan," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Katanya, Dr Wan Azizah juga tidak menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen pada Isnin kerana dimasukkan ke wad pada sebelah siang.

Tags / Kata Kunci: Dr Wan Azizah , masuk hospital , Presiden PKR

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan