Politik Bukan Platform Buru Kuasa - Sultan Selangor

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 1:59 PM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyifatkan situasi hari ini sebagai malang disebabkan perkembangan politik yang diselubungi dengan sentimen kebencian, kemarahan dan fitnah.

Titah baginda ketika majlis pembukaan sesi Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin, politik sedemikan akan mewujudkan sentimen perkauman dan salah faham antara satu sama lain.

"Politik tidak perlu dijadikan sebagai platform untuk memburu kuasa tetapi sebagai usaha untuk mencapai sebuah pentabdiran yang cemerlang bagi membangunkan negara," titah baginda.

Selain itu, Sultan Sharafuddin menambah, baginda gembira dengan pentadbiran kerajaan negeri yang stabil dan meletakkan agenda rakyat melebihi agenda politik yang polemik dan sempit.

"Beta berharap kerajaan negeri akan meneruskan amalan politik yang betul berdasarkan prinsip dan nilai baik," titah baginda.

Tags / Kata Kunci: Sultan Sharafuddin

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan