50 Rumah Di Butterworth Dinaiki Air Ekoran Hujan Lebat

Diterbitkan: Isnin, 27 Mac 2017 7:52 PM

Pengguna jalan raya terpaksa meredah air banjir selepas hujan lebat kira-kira sejam di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di KM2.7 petang Isnin. -fotoBERNAMA

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Hujan lebat lebih sejam petang Isnin menyebabkan beberapa kawasan sekitar Butterworth dinaiki air dan sejumlah kenderaan terkandas sehingga berlaku kesesakan hampir satu kilometer di Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh berkata hujan lebat bermula 3 petang itu mengakibatkan berlaku limpahan air dari Sungai Pertama dan Sungai Perai sehingga berlaku banjir kilat di kawasan Taman Siakap.

"Sebanyak 50 rumah di sekitar kawasan itu dinaiki air antara 0.3 meter (m) dan 0.6m, tetapi tiada mangsa dipindahkan kerana air kembali surut kira-kira dua jam kemudian," katanya ketika dihubungi di sini.

Seorang mangsa, K. Saraswaty, 38, berkata ketika kejadian dia berada di rumah dan sedang menonton televisyen sebelum tiba-tiba hujan lebat dan setengah jam kemudian rumahnya dimasuki air.

Katanya, beliau dan dua anak perempuannya terus mengalihkan barangan elektrik serta berharga ke tempat lebih tinggi kerana bimbang rosak akibat terkena banjir kilat itu.

"Kawasan rumah kami memang selalu dinaiki air terutama jika berlaku hujan lebat dan nasib baik hari ini hujan sejam sahaja, kalau lebih lama mungkin banjir lebih teruk," katanya.

Tinjauan Bernama mendapati kenderaan yang terkandas dipercayai cuba meredah air sedalam 0.5m di laluan BKE menyebabkan terpaksa ditunda ke tepi jalan selepas tersangkut dalam kawasan banjir berkenaan.

Seorang pengguna, Mohd Ariff Abdullah mendakwa laluan itu sering dinaiki air setiap kali hujan lebat akibat sistem perparitan tidak sempurna.

"Kawasan yang sering dinaiki air adalah sebelum jejantas menuju ke Kawasan Perindustrian Seberang Jaya disebabkan laluan itu rendah dan air sering bertakung.

"Saya harap pihak berwajib memantau kejadian ini kerana ia kerap berlaku setiap kali hujan lebat dan menyebabkan kerugian kepada pengguna lebuh raya," katanya.


iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan